Tuesday, July 30, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 
 
Salam Aidil Fitri..
 
Andai Langkah Membekas Lara
Andai kata Merangkai Dusta
Andai Tingkah Menoreh Luka
Izinkan Kami Bersimpuh Sila
Menghulur Tangan di Bulan Mulia
Selamat Hari Raya Aidilfitri
dari Kami Jamu Mandara
Minal Aidil Wal Faizin


Sunday, July 14, 2013

Artikel Jamu Mandara di Majalah Anis



Assalamualaikum semua. Diharapkan sihat sejahtera hendaknya sempena Ramadhan yang mulia ini. Ramadhan adalah  madrasah agung yang memberi peluang kita mempelajari banyak pekara daripadanya. Ramadhan merupakan titik tolak kepada perubahan diri seseorang ke arah yang lebih baik. Dalam bulan Ramadan ini kita perlu merebut peluang di mana ibadat sunat yang dilakukan itu diberi ganjaran ibadat fardu. Manakala ibadat fardhu pula diberi ganjaran 70 kali ganda.
 Alhamdullilah di bulan yang mulia ini, artikel berhubung Jamu Mandara telahpun keluar di muka surat 71, MAJALAH ANIS. Syukur pada Allah swt, semenjak artikel ini dikeluarkan, permintaan terhadap Jamu Mandara semakin tinggi.

Wednesday, July 10, 2013

Ramainya Pelanggan dari Johor bertanyakan tentang Jamu Mandara...

Salam sejahtera peminat Jamu Mandara! Salam ceria buat semua.
 
Sejak kebelakangan ini kami menerima banyak panggilan telefon & pertanyaan d inbox FB Jamu Mandara tentang produk kami dari pelanggan di negeri Johor. Risau juga sebab tak banyak outlet atau kiosk produk kecantikan mengambil produk kami untuk dipasarkan. Mungkin sebab kurang pengetahuan tentang produk ini. Pengetahuan pelanggan melebihi pengedar maka inilah jadinya. pelanggan tahu akan kebaikan Jamu mandara, maka mereka sanggup bersusah payah mencari produk ini sehingga ke utara. Setiap kesusahan pasti ada jalannya. Alhamdullilah kami telah mendapat seorang stokis bergerak iaitu Pn. Nor Shuhada Sharif yang sudi menjadi stokis bergerak bagi memenuhi permintaan pelanggan kami di selatan tanahair. Jadi pelanggan dari selatan tanah air bolehlah menghubungi beliau. Anda berminat sebagai agen biasa atau dropship, bolehlah menghubungi beliau seperti no. tel tertera. Inilah peluang untuk anda menambah pendapatan disamping meningkatkan kesihatan dalaman & luaran tubuh badan.