Sunday, December 23, 2012

PENGUMUMAN STOKIS NEGERI TERENGGANU

SALAM SEJAHTERA SEMUA PENGUNJUNG BLOG JAMU MANDARA
Kami ingin umumkan bahawa Jamu Mandara telah mula mendapat sambutan hangat disebabkan keberkesanan dan khasiat yang tinggi nilainya. Kami telah melantik stokis dari negeri Terengganu untuk memenuhi permintaan dan menembusi pasaran Negeri Terengganu. Sila anda hubungi stokis yang baru dilantik. Agen dari kawasan sekitar adalah dialu-alukan untuk menjadi wakil jualan kami. Sila hubungi stokis tersebut untuk keterangan lanjut:

PN. SITI AESHAH BT YUSOF (TEL: 014-5082387)
NO:29, JALAN KUBANG TANGGA (kedai makan belakang Pasaraya Nirwana), WAKAF MEMPELAM, 20050 KUALA TERENGGANU 

JAMU MANDARA TERNYATA MEMBANTU MASALAH KAUM WANITA & LELAKI.

Friday, December 21, 2012

PENGUMUMAN AHLI KELUARGA JAMU MANDARA @ AGEN JAMU MANDARA


PENGUMUMAN AHLI KELUARGA KAMI TERKINI @ AGEN JAMU MANDARA BAGI KAWASAN KEPALA BATAS, PENANG:

MAZNAH ZIN,
69,LORONG SHAHBANDAR 10,
TAMAN BERTAM PERDANA,
13200 KEPALA BATAS,
PULAU PINANG.
012-5560896

Semua pelanggan di kawasan sekitarnya bolehlah menghubungi Pn. Maznah untuk mendapatkan stok Jamu Mandara. Jamu Mandara semakin dekat dengan anda. Khasiat terbukti berkesan sebagaimana testimoni dari pelanggan kami. Harga berpatutan dan khasiat berganda-ganda. Kami janjikan yang terbaik untuk anda. 

Sunday, December 2, 2012

PENGUMUMAN!

Pelanggan yang dihormati,

Anda mempunyai testimoni terbaik? Sila email, sms atau pm pada FB untuk dipaparkan untuk manfaat bersama. email: mandarasolution@gmail.com / 013-3985599. AGEN DIKEHENDAI SEGERA. HANYA RM255.00, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN. HUBUNGI KAMI DENGAN SEGERA.

Monday, November 26, 2012

Rahsia Kehebatan Jamu Mandara


Jamu Mandara merupakan jamu asli yang dirumus dari rempah ratus bermutu tinggi. Jamu Mandara dihasilkan dari rempah ratus dan diadun untuk menghasilkan khasiat yang tiada tara tandingannya. Aroma Jamu Mandara yang segar dengan bau-bauan rempah ratus, semestinya diakui sebagai Jamu asli lagi terbaik antara yang terbaik. Jamu Mandara telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak tahun 2011. Jamu ini diwarisi dari ibu saya iaitu Pn. Ma @ Rahil bt Abbas.

Pasti ramai yang ingin tahu asal usul Jamu Mandara. Jamu Mandara merupakan jamu warisan bonda yang diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya agar warisan yang kaya dengan khazanah khasiat tidak terpadam begitu saja. Atas rasa kasih sayang kepada generasi seterusnya, ilmu penghasilan Jamu Mandara yang telah berusia 35 tahun telah dianugerahkan kepada anda semua setelah dikomersialkan mengikut peraturan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan, KKM dan diberi sijil HALAL oleh JAKIM. Memegang no. pendaftaran MAL11060051TC dan MAL11060052TC, anda pasti tidak perlu ragu- ragu untuk memiliki produk Jamu Mandara.
Jamu Mandara dihasilkan dari rempah ratus yang segar dan berkualiti agar terjamin khasiat yang dikenalpasti dapat menyelesaikan masalah kesihatan si dara, wanita dan lelaki. Herba utama yang memantapkan Jamu Mandara selain dari herba yang dirahsiakan iaitu:

1. Kacip Fatimah (Herba Labisia Pumilia)
2. Manjakani (Quercus Infectoria)

3. Temulawak (Rhizoma Curcuma Xanthorrhiza)

4. Cekur ( Rhizoma Kaempferia Galanga)

5. Kunyit (Rhizoma Curcuma Longa)

6. Habatussauda


 
Kebaikan Produk Jamu Mandara

Jamu Mandara mengandungi semua kebaikan sebagaimana yang diidamkan oleh semua wanita dan lelaki. Khasiat yang lengkap untuk merawat keseluruhan tubuh badan. Pendek kata, dengan Jamu Mandara anda tak perlu fikirkan yang lain kerana segala khasiat terkandung dalam kedua-dua pack Jamu Mandara 1 dan Jamu Mandara 2. Kedua- dua saling melengkapi.

Jamu Mandara 1 digunakan secara traditional untuk penyembuhan dalaman seperti berikut:
• Melegakan kepenatan fizikal

• Melegakan keputihan serta melegakan senggugut

• Melancarkan perjalanan haid

• Menyihatkan badan selepas bersalin

Jamu Mandara 2 digunakan secara traditional untuk kesan lebih energetik berterusan seperti berikut:
• Mengurangkan berat badan

• Membuang angin

• Membantu penghadaman

• Melegakan sembelit yang ringan

Kebaikannya terbukti apabila maklumbalas yang diterima dari pengamal Jamu Mandara bahawa mereka kagum dengan tindakbalas positif setelah mengambil produk ini dalam tempoh yang singkat. Malah ada yang mengatakan tak mungkin akan berpaling dari produk Jamu Mandara berikutan khasiat yang dinikmati melebihi harga yang ditawarkan iaitu sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan. Produk ini mesra pengguna kerana sesiapa sahaja mampu membeli malah mengulangi membeli disebabkan khasiat yang diperolehi adalah seimbang dengan harga yang ditawarkan. Jamu Mandara BERJAYA mengubah pandangan sesetengah masyarakat yang tidak percaya akan kebaikan herba traditional. Ini dapat dibuktikan apabila ramai pelanggan Jamu Mandara terdiri dari mereka yang berkerjaya profesional telah menjadikan Jamu Mandara sebagai suppliment harian untuk meningkatkan stamina.

Keistimewaan Produk Jamu Mandara
Perniagaan Jamu Mandara adalah bukan berasaskan keuntungan semata- mata tetapi ianya disulam dengan perasaan untuk berkongsi rahsia kekayaan semulajadi selain membantu masyarakat menikmati tahap kesihatan yang baik sepanjang hayat. Jamu Mandara merupakan resepi asli milik sendiri yang diturunkan dari generasi terdahulu kepada generasi sekarang. Kekuatan Jamu Mandara adalah ianya diadun sendiri oleh pemiliknya dengan memastikan kualiti dan kuantiti herba dikawal sepenuhnya sebelum dihantar ke kilang yang bertaraf GMP. Amalan pengilangan yang baik merupakan piawaian yang ditetapkan oleh KKM telah dipatuhi bagi tujuan pemprosesan dan pembungkusan produk Jamu Mandara . Jamu Mandara menggunakan kapsul HALALGEL yang sangat berkualiti tanpa was- was. Diproses dengan penuh ketakwaan bermula dari pembekal bahan mentah, pengadun ramuan dan pengilang, kesemuanya berugama Islam. Kekuatan yang ada menyebabkan pengasas Jamu Mandara merasa yakin produk ini akan terus dipercayai kerana kami TIDAK mengamalkan konsep " membeli produk syarikat tertentu dan melabelkan dengan nama Jamu Mandara" sebaliknya kami adalah pemilik resepinya. Konsep packaging menggunakan tema warna " Apple Green & Pink" dilihat mampu memberi pandangan yang menarik minda untuk mendekati pelanggan. Kami mengutamakan konsep moden dalam menghasilkan pengiklanan Jamu Mandara supaya minda tidak terikat dengan konsep terlalu traditional. Justeru itu Jamu Mandara mencetus fenomena baru untuk menampilkan konsep moden kontemporari untuk menyesuaikan dengan kehendak perubahan masa apatah lagi ramai pelanggan terdiri dari golongan gadis remaja yang merupakan pelanggan Jamu Mandara.


 

Friday, November 23, 2012

TEGUH BERDIRI!

Walau apapun ujian yang melanda.. Kita harus kuat. Bertawakal pada Allah bahawa niat kita adalah untuk berjaya di dunia dan akhirat. Perniagaan yang dijalankan adalah untuk membantu orang lain. Dugaan kecil apabila streamers sy dibuang oleh orang yang x bertanggungjawab sedikit pun tak mematahkan semangat saya. Malah saya mendoakan org berkenaan diberi hidayah. Kepada pemilik sykt itu (kerjanya mencetak bunting & banner) diharap jgn ulangi perkara itu. Sykt saya yang kecil ini tak akan selama- lamanya kecil dan yang besar belum tentu akan kukuh di menara gading. Ingatlah bahawa tak semua org yg berjaya sombong dan tak semua yang sombong itu org yg berjaya..sentiasa positif!!.. Akan Teguh Berdiri!!

Thursday, November 22, 2012

Pengumuman AGEN terkini Kuala Selangor!

Pengumuman! Pengumuman!..

Seorang lagi Agen menyertai keluarga Jamu Mandara iaitu BAGAN RESTORAN di Kaki Bukit Melawati, Kuala Selangor. Sila hubungi Puan Yusiha Bt Ishak @ Yusoff di talian 019-2534444. Dapatkan stok Jamu Mandara dengan segera dari Puan Yusiha. Jamu terbaik antara yang terbaik. Jamu Mandara berdaftar dengan KKM dan mempunyai sijil HALAL. Harga Jualan RM35.00 sahaja berbanding khasiat yang tiada tara tandingan.

Agen TERBARU Jamu Mandara

PENGUMUMAN!!

Agen terkini yang menyertai Jamu Mandara iaitu SURAYA SARUDIN dari Kota Kinabalu, Sabah. Sila hubungi beliau di talian 0148639509 untuk mendapatkan stok Jamu Mandara 1 & 2. Anda yang berminat untuk menjadi agen, sila hubungi 013-3985599 atau email: mandarasolution@gmail.com . Dengan bermodalkan RM255.00, anda mampu menjana pendapatan.

Thursday, November 15, 2012

PENGUMUMAN

Pelanggan di Johor, Jamu Mandara makin dekat dengan anda..hanya dengan 4 biji kapsul anda akan merasai khasiat yang tiada tara bandingannya. Ini diakui oleh pelanggan yang telah mengambil Jamu Mandara. Hubungi Beauty Drenjis dengan segera :012-5132553

Santapan Minda Oleh Jamu Mandara

Salam sejahtera untuk pelanggan budiman..
Anda ingin jadi isteri yang sempurna? Manusia tidak sempurna sebenarnya. Banyak kelemahan tetapi ianya boleh diperbaiki. Jangan jadikan alasan  untuk menjadi isteri terbaik. Untuk kelihatan cantik & menawan bukan dengan cara drastik untuk menampakkan hasilnya. Ia perlu melalui proses yang berterusan. Langkah awal pasti membantu kita untuk lebih cantik & cergas serta menjauhkan proses penuaan yang makin menghampiri diri kita..bacalah seterusnya...

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)


Seorang isteri yang normal dan sihat pasti mengharapkan suami pandai memuaskan nafsu syahwatnya, begitu pula suami. Betulkah kebahagiaan setiap pasangan bergantung kepada kualiti kepanasan di atas ranjang? Tentu saja ya! Kerana pemuasan nafsu syahwat me...lahirkan ketenangan jiwa bagi suami dan isteri. Ia adalah suatu keperluan asas bagi setiap pasangan. Sesiapa yang tidak mementingkan perkara ini, maka dia terdedah kepada bahaya kehancuran rumahtangga.


Saidina Umar al-Khattab Radiallahu ’anhu pernah mendengar keluhan seorang wanita di tengah malam yang merintih sambil menangis merindui suaminya yang bertugas sebagai tentera Islam di wilayah perbatasan negara. Wanita itu berkata seorang diri: ”Jika hamba tidak takutkan-Mu ya Allah, ranjang ini pasti akan bergoyang.”


Selepas peristiwa itu Khalifah memutuskan agar para tentera yang bertugas jauh dari keluarganya diarahkan pulang ketika itu juga dan digantikan tugas mereka itu oleh tentera yang baru secara bergilir. Sesunguhnya Umar RA melihat peristiwa itu sebagai ancaman rumahtangga yang seterusnya boleh membawa kepada kehancuran umat.


Biasanya isteri cepat naik angin bila kurang sentuhan suami, namun mereka kurang peka tentang keperluan rangsangan yang harus diberi kepada suami. Sebenarnya seorang isteri tidak selamanya harus menerima sahaja dan menunggu suami ’buat’, bahkan dia seharusnya turut berperanan menghangatkan keadaan. Menurut kajian, suami dan isteri yang gembira, saling bernafsu dan puas dalam hubungan seks akan menghasilkan janin yang sihat dan cerdas berbanding dengan mereka yang melakukannya setengah hati sahaja.


Ada pula suami yang enggan memenuhi tanggungjawab seks disebabkan sakit. Isteri cukup merana menghadapi keadaan sedemikian dan suami tidak boleh menahan hajat isteri untuk menceraikannya dengan cara baik. Tetapi ini pula cerita suami yang mahu menyiksa isterinya dengan cara membiarkannya tanpa disentuh. Dengan alasan mengalami stress akibat tekanan kerja dan persekitaran. Sesungguhnya suami sebegini telah melanggar perintah Allah SWT supaya memberi nafkah seks kepada isterinya. Punca perilaku suami yang tidak bertanggungjawab ini mesti diteliti. Kebanyakan mereka mempunyai alasan untuk menjauhkan diri dari isteri. Seeloknya sang isteri pula muhasabah diri, apakah sebenarnya punca masalah mereka?


1. Imej dan disiplin isteri.


Pernahkan anda melihat di manakah perbezaan antara orang gaji dan seorang surirumah. Jika anda tidak menyerupai penampilan orang gaji anda maka anda telah berjaya merangsang mata dan hati suami. Orang lelaki berbangsa Melayu jarang yang berterus terang kepada isteri dalam soal penampilan. Isteri naik berat badan dia tak kisah, tak berbedak pun tak kisah, asalkan berbudi bahasa. Kerana kita diajar untuk menjaga hati orang lain dengan cara menyembunyikan kebenaran, jangan bising dan tak payah nak gaduh-gaduh, baik diam jangan berterus terang. Kebiasaan tidak mahu berterus terang akhirnya menyebabkan isteri tidak berdisiplin dalam melayan suami. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti mahupun kuantiti hubungan seksual di antara mereka. Kalau dah berserabut dan bersepah di sana sini, mana ada mood nak bermesra?

 
2. Pengalaman seks menyebabkan suami tertekan.


Suami cepat sampai daripada isteri, masalah ini perlu dibincangkan dengan keikhlasan kedua pasangan. Seelok-eloknya isteri pandai memujuk suami supaya tidak timbul salah faham dan kebencian di antara mereka. Suami pula harus berbesar hati dan berani menghadapi kenyataan. Isteri perlu menyediakan pemakanan yang berkhasiat, mengajak suami melakukan aktiviti kecergasan badan dan mungkin pergi berjumpa doktor bersama suami jika dirasakan perlu. Isteri juga sentiasa memberikan dorongan dan sokongan agar suami cepat pulih, bukan mendiamkan diri seraya memendam perasaan yang berakhir dengan perbuatan maksiat.


Adakalanya masalah pula datang dari pihak isteri apabila suami rasa tidak selesa kerana kurang rasa cengkaman dan otot-otot vagina yang telah kendur. Keputihan dan bau kurang sedap juga amat mengganggu. Senaman dan ubat-ubatan diperlukan untuk memastikan anda bebas dari masalah gangguan ketika bersama suami.


3. Honeymoon kali kedua.


Sediakanlah masa untuk anda dan suami bersama. Duduk berdua menikmati keindahan alam, pergi bersiar-siar sambil membincangkan masa depan bersama-sama. Saling bertukar-tukar idea dan pandangan tentang kelebihan dan kelemahan masing-masing. Yang paling penting merasai kehangatan hubungan seksual tanpa gangguan dan paksaan. Apabila ada masalah dengan suami, pastikanlah langkah-langkah yang diambil tidak memudaratkan rumahtangga anda, apatah lagi anak-anak. Untuk itu anda memerlukan tempat dan waktu yang sesuai bersama suami, hanya berdua. Iklim perkahwinan tak selamanya hangat tetapi usaha untuk mengekalkan kehangatan itu seharusnya menjadi prioriti yang mesti difikirkan bersama.


Sumber : Drjuanda.com

Monday, October 22, 2012

Agen Jamu Mandara diperlukan segera.

Jika anda berminat untuk menjadi agen Jamu Mandara, sila bertanya (jangan malu tau)..
Anda akan diberi 10 kotak Jamu Mandara. TIADA YURAN KEAHLIAN! Sangat berbaloi untuk menambah pendapatan. Jaminan kepuasan pelanggan apabila menggunakan produk ini.
tel: 013-3985599
email: mandarasolution@gmail.com
fb: Jamu Mandara
Modal serendah RM255.00 dan flyers akan diberi percuma (seperti di bawah):

Sunday, October 14, 2012

Thursday, October 11, 2012

Thursday, September 27, 2012

Testimoni!


Thanks kepada pelanggan yang sudi memberi testimoni ya..

Thursday, September 20, 2012

Stokis Kawasan Selangor

PENGUMUMAN: STOKIS pemborong Jamu Mandara bagi kawasan Shah Alam & Kuala Lumpur ialah:

Saanen Body Shop, 2-8-7, Tingkat 1, Ole Ole Shopping Center, No. 7, Jalan Pinang A18/A, Seksyen 18 Shah Alam, Selangor. TEL: 0166111121 (Mahfud Al-Habsyi).

Jutaan Mutiara Trading, No:94, Jalan Raja Bot, 50300 Kuala Lumpur. TEL: 03-26933933

Agen atau Pelanggan bagi kawasan Selangor & Shah Alam, bolehlah berkunjung ke situ untuk mendapatkan Jamu Mandara ♥

Wednesday, September 12, 2012

HUBUNGI JAMU MANDARA

Anda ada kemusykilan tentang Jamu Mandara? sila hubungi kami melalui:
SMS/ Tel: 013-3985599
Facebook: Jamu Mandara
Kami akan melayan pertanyaan anda. Tak beli tak apa. Kami tidak mengamalkan cara layanan memaksa, memarahi customer atau double standart kerana kami percaya bahawa semua insan adalah istimewa dan perlu dilayan sama rata. Jika terdapat sebarang kekurangan dari kami, InsyaAllah kami akan perbaiki. Terima kasih Malaysia.

Sunday, September 9, 2012

TESTIMONI DARI PELANGGAN (SMS)

Pelanggan yang budiman, saya sering menerima testimoni dari pelanggan samaada melalui telefon atau email.. Alhamdullilah ramai yang berpuashati tetapi saya sering tak ada masa nak upload testimoni tersebut. Kali ini saya nekad untuk masukkan juga satu dari sms yang saya terima. Nama terpaksa saya sorokkan supaya tidak menyinggung perasaan customer yang saya anggap sebagai ratu di hati.. maka saksikan lah msg tersebut ....tadaaaaaaa


ok semoga anda tidak membuang masa lagi.. cepat dapatkan stok Jamu Mandara dari stokis & agen yang sah.

Saturday, September 8, 2012

Friday, September 7, 2012

JAMU MANDARA 1 & 2


Untuk maklumat lanjut sila click pada icon bertajuk : Kenali Jamu Mandara.


Thursday, September 6, 2012

PETUA MENINGKATKAN EKONOMI KELUARGA

Anda minat berniaga? Kalau minat, pastikan anda berusaha dan fokus kepada bidang yang sesuai mengikut masa, minat dan bakat masing- masing. Peluang ada disekeliling jadi anda hanya perlu mencungkil peluang tersebut. Setiap usaha pasti akan diberi balasan oleh Allah yang maha penyayang. Memang tanggungjawab suami adalah menyediakan nafkah zahir tapi tak salah kalau kita ringankan beban mereka dengan membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Beban yang sama dipikul akan menambah keharmonian keluarga.


Mesti ramai yang bersetuju dengan kenyataan saya.. jika tiada wang mampukah kita bahagia apabila anak nak itu ini, kita tak dapat penuhi kehendak mereka. Gembirakah kita jika nak beli barang dapur, duit x pernah cukup, nak bayar yuran anak-anak pun pening kepala. Kalau difikirkan hal ini mesti serabut kepala kan!


Apa perlu kita buat..sekarang fokus hala tuju anda.. fikirkan apa yang palingggg anda suka. Menjahit? Memasak? atau apa sahaja yang sesuai dengan bakat anda. Tak perlu modal setinggi langit. Gunakan segala sumber yang murah contohnya FB atau bina blog sendiri. Promosi adalah penting. Untuk permulaan beri percuma kepada kawan2 yang ‘bermulut riuh’. Mereka ini ibarat radio berjalan yang boleh membantu mempromosikan barangan anda. Anda boleh mengikuti kursus jangka pendek di Kolej Komuniti dengan yuran berpatutan. Ilmu pengetahuan adalah penting. Saya sendiri sentiasa mendapat pandangan dan idea walaupun dari tukang sapu sampah.. sebabnya setiap idea adalah kehendak pengguna secara tidak langsung, yang perlu kita tahu.


Semasa sesi fotografi Iklan Jamu Mandara bersama Shuhada dari Drenjis http://drenjisphotography.com/, beliau berkongsi beberapa tips untuk memastikan bisnes rancak dengan berpandukan kepada amalan berterusan seperti berikut:


• Jangan lupa Bersedekah
• Sentiasa Solat Dhuha
• Baca Buku berkaitan perniagaan yang diceburi


Ok apa tunggu lagi.. mulakan segera. Berangan tak apa kerana kadangkala angan-angan itu boleh mendorong kita untuk lebih berusaha. Akhir sekali jangan fikirkan perkara yang remeh temeh yang merosakkan minda kita. Ayuh berusaha!

Tuesday, September 4, 2012

PENGUMUMAN STOKIS @ PULAU LANGKAWI

Pelanggan yang budiman d Pulau Langkawi boleh mendapatkan stok Jamu Mandara dengan menghubungi 012-5959979 (Cik Sharifah) di alamat:
Kedai Pakaian Apit'z, 153, Jalan Lapangan Terbang Ke Atas, Padang Matsirat, 07100 Langkawi. Cawangan:Kedai Pakaian Apit'z, Lot 556, Kg Masjid Lama, Mukim Ulu Melaka, 07000 Langkawi Kedah.
Nak tahu kenapa Pn. Sahrifah menjadi stokis? Sebabnya beliau mencuba hanya dengan 1 kapsul saja tapi dah terasa kesannya. Nak tahu lebih lanjut, sila hubungi beliau. Ramai yang yakin dengan Jamu ini setelah mencubanya sendiri.

Monday, September 3, 2012

TESTIMONI DARI CUSTOMER- 28/8/2012



Salam sis, i baru mula makan jamu 1 dan jamu 2 serentak pagi dan malam selama seminggu lebih. Alhamdulillah memang terasa perbezaannya. Jamu mandara tak panas langsung. Aktif sepanjang masa, badan tak sakit-sakit. Hubby puji macam anak dara sewaktu 'bersama'. Hehehehe....alhamdulillah dah jodoh dipertemukan dengan jamu you ni. Insya Allah akan diamalkan berterusan.. nama terpaksa dirahsiakan atas permintaan pelanggan..

Sunday, September 2, 2012

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG JAMU MANDARA



Apakah Khasiat Jamu Mandara 1

Digunakan secara traditional untuk:
  •  Melegakan kepenatan fizikal
  • Melegakan keputihan serta melegakan senggugut
  • Melancarkan perjalanan haid
  • Menyihatkan badan selepas bersalin
  • (Sesuai untuk si dara & wanita & lelaki yang inginkan tenaga berterusan)
Apakah Khasiat Jamu Mandara 2

Digunakan secara traditional untuk:
  • Mengurangkan berat badan
  •  Membuang angin
  • Membantu penghadaman
  • Melegakan sembelit yang ringan
  • (Sesuai untuk kegunaan lelaki & wanita & si dara)
S: Bolehkah JM dimakan semasa datang haid?
J: JM perlu dihentikan pengambilannya semasa haid dan boleh dimakan semula selepas haid berhenti.

S: Jamu manakah yang sesuai untuk wanita yang baru bersalin?
J: Wanita yang baru bersalin atau berpantang perlu mengambil JM1 setiap hari sehingga habis dan diikuti dengan JM2 (selama 60 hari). Kedua-dua set tersebut saling melengkapi untuk kesihatan wanita selepas bersalin.

S: Bilakah permulaan yang sesuai untuk mula mengambil JM selepas bersalin Normal & Ceaser?
J: Untuk ibu yang bersalin kaedah Normal: JM sesuai diambil pada hari ke 2 atau ke 3.

Untuk ibu yang bersalin kaedah Ceaser: JM sesuai diambil selepas semua antibiotic dihabiskan.

S: Bolehkah ibu yang menyusukan anak mengambil JM adakah kesan pada bayi?
J: sudah tentu Boleh sebab JM merupakan sebahagian dari set bersalin Mandara. Mengikut testimoni dari pelanggan, ibu akan sentiasa sihat kerana tiada angin dalam badan, maka air susu akan bertambah. Manakala bayi pula tidak akan kembung & senang membuang angin akibat pengambilan jamu oleh si ibu yang menyusu.

S: Bolehkah JM1 dan JM2 dimakan serentak?
J: Sebolehnya dimakan berasingan. Ini bermakna habiskan JM1 dan baru diikuti dengan JM2. Ini adalah supaya pelanggan akan merasai perbezaan khasiat antara kedua-dua jamu tersebut. Selepas merasainya, maka pelanggan boleh meneruskan untuk mengambil mana-mana jamu sebagai amalan seterusnya. Bagaimana pun, ada juga yang mengambil serentak dan ianya tidak memudaratkan kesihatan. Caranya dengan mengambil sebiji JM1 dan JM2 sehari sekali.

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG JAMU MANDARA
 Jamu Mandara adalah warisan bonda turun temurun dan resepi eksklusif milik Jamu Mandara.
 Jamu Mandara telah diluluskan pendaftarannya oleh Biro Farmaseutikal, KKM.
 Jamu Mandara diberi sijil HALAL dan menggunakan Halalgel.
 Jamu Mandara diproses dari 33 jenis herba.
 Jamu Mandara adalah buatan Malaysia dan tidak mengandungi sebarang bahan terlarang atau bahan kimia.
 Jamu ini terbukti mendapat sambutan disebabkan oleh khasiatnya.
 Terdapat khasiat yang lain iaitu membantu menegangkan buah dada, mengetatkan faraj dan mencantikan kulit muka. Khasiatnya bergantung kepada sistem badan masing-masing.
 Jika anda mempunyai keputihan, keputihan akan keluar dengan banyaknya pada peringkat awal pengambilan JM. Ini adalah perkara normal dan seterusnya keputihan akan berhenti. Begitu juga sekiranya terdapat darah kotor di dalam badan, darah akan keluar sehingga bersih setelah pengambilan JM.
 Kita sebagai hambanya hanya berusaha, yang mengizinkan sesungguhnya dari Allah swt.











Thursday, July 26, 2012

Tuesday, July 24, 2012

TESTIMONI DARI PELANGGAN

Khasiatnya diakui dari testimoni yang kami terima:

"Sekarang saya tak perlukan jam loceng untuk bangun pagi. Stamina saya bertambah sejak mengambil Jamu Mandara"

"Saya kehabisan wang ringgit untuk mengubat keputihan tetapi masih bermasaalah. Dengan Jamu Mandara keputihan hilang begitu pantas. Kini saya semakin energetic"

"Perjalanan haid saya kini lebih teratur"

"Semasa berpantang, saya amalkan Jamu Mandara. Saya gembira kerana ditegur kelihatan berseri-seri dan sihat"

"Sembelit saya tiada lagi. Angin dalam badan? Oh tiada lagi..saya selesa dengan Jamu Mandara dan akan setia bersamanya"

"Berat badan saya semakin berkurangan ditambah dengan diet terancang, penampilan dan bentuk tubuh saya semakin menarik"

"Tiada lagi senggugut dan saya boleh aktif seperti biasa. Sangat menakjubkan!"

"Sejak menggunakan Jamu Mandara, senggugut saya sudah pulih"

"Hubungan dengan suami makin hebat! JM Ternyata Meningkatkan Gelora Pasangan Anda"

Sunday, July 1, 2012

Jamu Mandara 1


Khasiat:~Melegakan kepenatan fizikal, melegakan keputihan serta melegakan senggugut, melancarkan perjalanan haid, menyihatkan badan selepas bersalin
Cara Pengambilan~ diambil 1 kapsul pagi dan 1 kapsul petang (sebelum makan).
Kuantiti Kapsul~ 60 kapsul

Harga~ RM35.00 (SM) & RM38.00 & (S&S)
Larangan pengambilan untuk wanita hamil.

Jamu Mandara 2

Khasiat~ mengurangkan berat badan, membuang angin, membantu penghadaman serta melegakan sembelit yang ringan. Diet dan senaman yang berterusan adalah diyorkan.
Cara Pengambilan~ diambil 1 kapsul pagi dan 1 kapsul petang (sebelum makan).

Kuantiti Kapsul~ 60 kapsul

Harga~ RM35.00 (SM) & RM38.00 & (S&S)

Larangan pengambilan untuk wanita hamil.




Thursday, June 28, 2012

Tajaan Hadiah di ruang Petua Anis @ Majalah Anis, Jun 2012


Thursday, May 24, 2012

Pelawaan Stokis/ Agen Jamu Mandara

Stokis & Agen diperlukan SEGERA. Jom! jana pendapatan anda sebagai wakil jualan Jamu Mandara. Hubungi 013-3985599 @ email: mandarasolution@gmail.com

Senarai Harga Jualan : RM35 (SM) , RM38 (S&S) & $20 (B)

Friday, May 18, 2012

Iklan Jamu Mandara @ Mingguan Wanita


Iklan Jamu Mandara @ Majalah Mingguan Wanita Pg.87

Saturday, May 5, 2012

Tajaan Hadiah Jamu Mandara @ Majalah Anis

Alhamdullilah Mandara Solutions Enterprise telah menaja hadiah Jamu Mandara kepada pembaca yang terpilih menyertai ruangan petua Majalah Anis selama setahun mulai April 2012 sehingga April 2013. Pertama kali membaca majalah ini, saya terus jatuh cinta kerana padat dengan informasi sebagai pedoman wanita solehah & keluarga sakinah. Untuk anda yang dahagakan ilmu dunia & akhirat, inilah majalah terbaik pernah saya terokai. Pastikan jangan terlepas untuk menyertai ruangan Petua Anis yang ditaja oleh Jamu Mandara sebagai tanda sumbangan pihak kami yang termampu. Terima Kasih semua..

Monday, March 12, 2012

Salam untuk semua pelanggan Jamu Mandara!! Iklan Jamu Mandara kini berwajah baru. Iklan ini akan dikeluarkan di majalah Mingguan Wanita keluaran April 2012. Mandara Solutions Ent turut menaja hadiah Jamu Mandara kepada pemenang di ruangan petua, Majalah Anis selama setahun mulai April 2012. Semoga Jamu Mandara dapat membantu anda untuk kelihatan lebih menawan disamping meningkatkan gelora cinta pasangan anda.

Saturday, February 18, 2012

Car Sticker Jamu Mandara








Car Sticker ini akan diedarkan secara percuma kepada semua agen & stokist yang membuat pembelian JM. Tq kepada designer http://eybizzonline.blogspot.com & diprint oleh http://mybisneslink.blogspot.com. Harga sangat berpatutan & sesuai dengan konsep saya yang sangat meminimumkan kos. Tq semua.

Thursday, January 12, 2012