Monday, November 26, 2012

Rahsia Kehebatan Jamu Mandara


Jamu Mandara merupakan jamu asli yang dirumus dari rempah ratus bermutu tinggi. Jamu Mandara dihasilkan dari rempah ratus dan diadun untuk menghasilkan khasiat yang tiada tara tandingannya. Aroma Jamu Mandara yang segar dengan bau-bauan rempah ratus, semestinya diakui sebagai Jamu asli lagi terbaik antara yang terbaik. Jamu Mandara telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak tahun 2011. Jamu ini diwarisi dari ibu saya iaitu Pn. Ma @ Rahil bt Abbas.

Pasti ramai yang ingin tahu asal usul Jamu Mandara. Jamu Mandara merupakan jamu warisan bonda yang diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya agar warisan yang kaya dengan khazanah khasiat tidak terpadam begitu saja. Atas rasa kasih sayang kepada generasi seterusnya, ilmu penghasilan Jamu Mandara yang telah berusia 35 tahun telah dianugerahkan kepada anda semua setelah dikomersialkan mengikut peraturan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan, KKM dan diberi sijil HALAL oleh JAKIM. Memegang no. pendaftaran MAL11060051TC dan MAL11060052TC, anda pasti tidak perlu ragu- ragu untuk memiliki produk Jamu Mandara.
Jamu Mandara dihasilkan dari rempah ratus yang segar dan berkualiti agar terjamin khasiat yang dikenalpasti dapat menyelesaikan masalah kesihatan si dara, wanita dan lelaki. Herba utama yang memantapkan Jamu Mandara selain dari herba yang dirahsiakan iaitu:

1. Kacip Fatimah (Herba Labisia Pumilia)
2. Manjakani (Quercus Infectoria)

3. Temulawak (Rhizoma Curcuma Xanthorrhiza)

4. Cekur ( Rhizoma Kaempferia Galanga)

5. Kunyit (Rhizoma Curcuma Longa)

6. Habatussauda


 
Kebaikan Produk Jamu Mandara

Jamu Mandara mengandungi semua kebaikan sebagaimana yang diidamkan oleh semua wanita dan lelaki. Khasiat yang lengkap untuk merawat keseluruhan tubuh badan. Pendek kata, dengan Jamu Mandara anda tak perlu fikirkan yang lain kerana segala khasiat terkandung dalam kedua-dua pack Jamu Mandara 1 dan Jamu Mandara 2. Kedua- dua saling melengkapi.

Jamu Mandara 1 digunakan secara traditional untuk penyembuhan dalaman seperti berikut:
• Melegakan kepenatan fizikal

• Melegakan keputihan serta melegakan senggugut

• Melancarkan perjalanan haid

• Menyihatkan badan selepas bersalin

Jamu Mandara 2 digunakan secara traditional untuk kesan lebih energetik berterusan seperti berikut:
• Mengurangkan berat badan

• Membuang angin

• Membantu penghadaman

• Melegakan sembelit yang ringan

Kebaikannya terbukti apabila maklumbalas yang diterima dari pengamal Jamu Mandara bahawa mereka kagum dengan tindakbalas positif setelah mengambil produk ini dalam tempoh yang singkat. Malah ada yang mengatakan tak mungkin akan berpaling dari produk Jamu Mandara berikutan khasiat yang dinikmati melebihi harga yang ditawarkan iaitu sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan. Produk ini mesra pengguna kerana sesiapa sahaja mampu membeli malah mengulangi membeli disebabkan khasiat yang diperolehi adalah seimbang dengan harga yang ditawarkan. Jamu Mandara BERJAYA mengubah pandangan sesetengah masyarakat yang tidak percaya akan kebaikan herba traditional. Ini dapat dibuktikan apabila ramai pelanggan Jamu Mandara terdiri dari mereka yang berkerjaya profesional telah menjadikan Jamu Mandara sebagai suppliment harian untuk meningkatkan stamina.

Keistimewaan Produk Jamu Mandara
Perniagaan Jamu Mandara adalah bukan berasaskan keuntungan semata- mata tetapi ianya disulam dengan perasaan untuk berkongsi rahsia kekayaan semulajadi selain membantu masyarakat menikmati tahap kesihatan yang baik sepanjang hayat. Jamu Mandara merupakan resepi asli milik sendiri yang diturunkan dari generasi terdahulu kepada generasi sekarang. Kekuatan Jamu Mandara adalah ianya diadun sendiri oleh pemiliknya dengan memastikan kualiti dan kuantiti herba dikawal sepenuhnya sebelum dihantar ke kilang yang bertaraf GMP. Amalan pengilangan yang baik merupakan piawaian yang ditetapkan oleh KKM telah dipatuhi bagi tujuan pemprosesan dan pembungkusan produk Jamu Mandara . Jamu Mandara menggunakan kapsul HALALGEL yang sangat berkualiti tanpa was- was. Diproses dengan penuh ketakwaan bermula dari pembekal bahan mentah, pengadun ramuan dan pengilang, kesemuanya berugama Islam. Kekuatan yang ada menyebabkan pengasas Jamu Mandara merasa yakin produk ini akan terus dipercayai kerana kami TIDAK mengamalkan konsep " membeli produk syarikat tertentu dan melabelkan dengan nama Jamu Mandara" sebaliknya kami adalah pemilik resepinya. Konsep packaging menggunakan tema warna " Apple Green & Pink" dilihat mampu memberi pandangan yang menarik minda untuk mendekati pelanggan. Kami mengutamakan konsep moden dalam menghasilkan pengiklanan Jamu Mandara supaya minda tidak terikat dengan konsep terlalu traditional. Justeru itu Jamu Mandara mencetus fenomena baru untuk menampilkan konsep moden kontemporari untuk menyesuaikan dengan kehendak perubahan masa apatah lagi ramai pelanggan terdiri dari golongan gadis remaja yang merupakan pelanggan Jamu Mandara.


 

Friday, November 23, 2012

TEGUH BERDIRI!

Walau apapun ujian yang melanda.. Kita harus kuat. Bertawakal pada Allah bahawa niat kita adalah untuk berjaya di dunia dan akhirat. Perniagaan yang dijalankan adalah untuk membantu orang lain. Dugaan kecil apabila streamers sy dibuang oleh orang yang x bertanggungjawab sedikit pun tak mematahkan semangat saya. Malah saya mendoakan org berkenaan diberi hidayah. Kepada pemilik sykt itu (kerjanya mencetak bunting & banner) diharap jgn ulangi perkara itu. Sykt saya yang kecil ini tak akan selama- lamanya kecil dan yang besar belum tentu akan kukuh di menara gading. Ingatlah bahawa tak semua org yg berjaya sombong dan tak semua yang sombong itu org yg berjaya..sentiasa positif!!.. Akan Teguh Berdiri!!

Thursday, November 22, 2012

Pengumuman AGEN terkini Kuala Selangor!

Pengumuman! Pengumuman!..

Seorang lagi Agen menyertai keluarga Jamu Mandara iaitu BAGAN RESTORAN di Kaki Bukit Melawati, Kuala Selangor. Sila hubungi Puan Yusiha Bt Ishak @ Yusoff di talian 019-2534444. Dapatkan stok Jamu Mandara dengan segera dari Puan Yusiha. Jamu terbaik antara yang terbaik. Jamu Mandara berdaftar dengan KKM dan mempunyai sijil HALAL. Harga Jualan RM35.00 sahaja berbanding khasiat yang tiada tara tandingan.

Agen TERBARU Jamu Mandara

PENGUMUMAN!!

Agen terkini yang menyertai Jamu Mandara iaitu SURAYA SARUDIN dari Kota Kinabalu, Sabah. Sila hubungi beliau di talian 0148639509 untuk mendapatkan stok Jamu Mandara 1 & 2. Anda yang berminat untuk menjadi agen, sila hubungi 013-3985599 atau email: mandarasolution@gmail.com . Dengan bermodalkan RM255.00, anda mampu menjana pendapatan.

Thursday, November 15, 2012

PENGUMUMAN

Pelanggan di Johor, Jamu Mandara makin dekat dengan anda..hanya dengan 4 biji kapsul anda akan merasai khasiat yang tiada tara bandingannya. Ini diakui oleh pelanggan yang telah mengambil Jamu Mandara. Hubungi Beauty Drenjis dengan segera :012-5132553

Santapan Minda Oleh Jamu Mandara

Salam sejahtera untuk pelanggan budiman..
Anda ingin jadi isteri yang sempurna? Manusia tidak sempurna sebenarnya. Banyak kelemahan tetapi ianya boleh diperbaiki. Jangan jadikan alasan  untuk menjadi isteri terbaik. Untuk kelihatan cantik & menawan bukan dengan cara drastik untuk menampakkan hasilnya. Ia perlu melalui proses yang berterusan. Langkah awal pasti membantu kita untuk lebih cantik & cergas serta menjauhkan proses penuaan yang makin menghampiri diri kita..bacalah seterusnya...

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)


Seorang isteri yang normal dan sihat pasti mengharapkan suami pandai memuaskan nafsu syahwatnya, begitu pula suami. Betulkah kebahagiaan setiap pasangan bergantung kepada kualiti kepanasan di atas ranjang? Tentu saja ya! Kerana pemuasan nafsu syahwat me...lahirkan ketenangan jiwa bagi suami dan isteri. Ia adalah suatu keperluan asas bagi setiap pasangan. Sesiapa yang tidak mementingkan perkara ini, maka dia terdedah kepada bahaya kehancuran rumahtangga.


Saidina Umar al-Khattab Radiallahu ’anhu pernah mendengar keluhan seorang wanita di tengah malam yang merintih sambil menangis merindui suaminya yang bertugas sebagai tentera Islam di wilayah perbatasan negara. Wanita itu berkata seorang diri: ”Jika hamba tidak takutkan-Mu ya Allah, ranjang ini pasti akan bergoyang.”


Selepas peristiwa itu Khalifah memutuskan agar para tentera yang bertugas jauh dari keluarganya diarahkan pulang ketika itu juga dan digantikan tugas mereka itu oleh tentera yang baru secara bergilir. Sesunguhnya Umar RA melihat peristiwa itu sebagai ancaman rumahtangga yang seterusnya boleh membawa kepada kehancuran umat.


Biasanya isteri cepat naik angin bila kurang sentuhan suami, namun mereka kurang peka tentang keperluan rangsangan yang harus diberi kepada suami. Sebenarnya seorang isteri tidak selamanya harus menerima sahaja dan menunggu suami ’buat’, bahkan dia seharusnya turut berperanan menghangatkan keadaan. Menurut kajian, suami dan isteri yang gembira, saling bernafsu dan puas dalam hubungan seks akan menghasilkan janin yang sihat dan cerdas berbanding dengan mereka yang melakukannya setengah hati sahaja.


Ada pula suami yang enggan memenuhi tanggungjawab seks disebabkan sakit. Isteri cukup merana menghadapi keadaan sedemikian dan suami tidak boleh menahan hajat isteri untuk menceraikannya dengan cara baik. Tetapi ini pula cerita suami yang mahu menyiksa isterinya dengan cara membiarkannya tanpa disentuh. Dengan alasan mengalami stress akibat tekanan kerja dan persekitaran. Sesungguhnya suami sebegini telah melanggar perintah Allah SWT supaya memberi nafkah seks kepada isterinya. Punca perilaku suami yang tidak bertanggungjawab ini mesti diteliti. Kebanyakan mereka mempunyai alasan untuk menjauhkan diri dari isteri. Seeloknya sang isteri pula muhasabah diri, apakah sebenarnya punca masalah mereka?


1. Imej dan disiplin isteri.


Pernahkan anda melihat di manakah perbezaan antara orang gaji dan seorang surirumah. Jika anda tidak menyerupai penampilan orang gaji anda maka anda telah berjaya merangsang mata dan hati suami. Orang lelaki berbangsa Melayu jarang yang berterus terang kepada isteri dalam soal penampilan. Isteri naik berat badan dia tak kisah, tak berbedak pun tak kisah, asalkan berbudi bahasa. Kerana kita diajar untuk menjaga hati orang lain dengan cara menyembunyikan kebenaran, jangan bising dan tak payah nak gaduh-gaduh, baik diam jangan berterus terang. Kebiasaan tidak mahu berterus terang akhirnya menyebabkan isteri tidak berdisiplin dalam melayan suami. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi kualiti mahupun kuantiti hubungan seksual di antara mereka. Kalau dah berserabut dan bersepah di sana sini, mana ada mood nak bermesra?

 
2. Pengalaman seks menyebabkan suami tertekan.


Suami cepat sampai daripada isteri, masalah ini perlu dibincangkan dengan keikhlasan kedua pasangan. Seelok-eloknya isteri pandai memujuk suami supaya tidak timbul salah faham dan kebencian di antara mereka. Suami pula harus berbesar hati dan berani menghadapi kenyataan. Isteri perlu menyediakan pemakanan yang berkhasiat, mengajak suami melakukan aktiviti kecergasan badan dan mungkin pergi berjumpa doktor bersama suami jika dirasakan perlu. Isteri juga sentiasa memberikan dorongan dan sokongan agar suami cepat pulih, bukan mendiamkan diri seraya memendam perasaan yang berakhir dengan perbuatan maksiat.


Adakalanya masalah pula datang dari pihak isteri apabila suami rasa tidak selesa kerana kurang rasa cengkaman dan otot-otot vagina yang telah kendur. Keputihan dan bau kurang sedap juga amat mengganggu. Senaman dan ubat-ubatan diperlukan untuk memastikan anda bebas dari masalah gangguan ketika bersama suami.


3. Honeymoon kali kedua.


Sediakanlah masa untuk anda dan suami bersama. Duduk berdua menikmati keindahan alam, pergi bersiar-siar sambil membincangkan masa depan bersama-sama. Saling bertukar-tukar idea dan pandangan tentang kelebihan dan kelemahan masing-masing. Yang paling penting merasai kehangatan hubungan seksual tanpa gangguan dan paksaan. Apabila ada masalah dengan suami, pastikanlah langkah-langkah yang diambil tidak memudaratkan rumahtangga anda, apatah lagi anak-anak. Untuk itu anda memerlukan tempat dan waktu yang sesuai bersama suami, hanya berdua. Iklim perkahwinan tak selamanya hangat tetapi usaha untuk mengekalkan kehangatan itu seharusnya menjadi prioriti yang mesti difikirkan bersama.


Sumber : Drjuanda.com